Saturday, 21 October 2017

Keyakinan diri

Beberapa hari lepas, ada seorang kawan aku tanya minta tips untuk bina keyakinan diri.
Aku rasa aku pun lemah bab tu. Tapi aku just jawab melalui pengalaman aku. Aku nak cerita sikit la pasal diri aku, which is maybe 5 years back aku ni macam mana, yang berkaitan dengan topik ni.

Aku sangat pemalu. Masa kat sekolah rendah ustaz nak ambil gambar pun aku tak nak. Memang kene paksa la.

Dulu mak aku suruh pegi kedai beli apa apa mesti aku refuse. Bagi alasan macam macam. Suruh anep yang pegila. Aku tau aku salah sebab mana boleh kata ah walau mak suruh. Aku memang tak nak pegi. Just memang tak nak pegi. sebab aku malu sangat nak cakap dengan orang. pastu mula la mak alu compare dengan cousin yang sebelah rumah kalau disuruh mesti pegi. paatu sampai mak aku cakap takde hidung ke malu sangat. i just dont know why aku pemalu sangat.

Masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah, aku sangat phobia dan tak nak duduk depan dalam kelas. Dengan alasan takut cikgu tanya soalan.

Lepas SPM aku sambung belajar di KMS. Sejujurnya, banyak aku belajar bila aku mula berhijrah ke tempat baru. Aku belajar kenal diri aku sendiri. Aku belajar kenal dunia. Hidup dengan kawan2. Di kms ni lah aku mula aktif terlibat dalam persatuan Ikatan Pelajar Islam atau nama lain Badar la kalau kat sekolah agama tu. Time tu lah aku belajar terlibat dalam organize event. Belajar buat kerja persatuan, mainly berkaitan dgn report. Belajar berinteraksi dgn lelaki sebab urusan persatuan. Dalam persatuan tu mostly budak2 hebat. Dari asrama penuh, dari sekolah agama. Aku terasa kecik jugak la sebab sapa lah aku ni. Tapi seriously aku banyak belajar. Dan aku lebih enjoy dgn kawan2 persatuan lebih drpd classmate. Hehe. Time ni lah aku sedar kemampuan aku setakat mana. Aku develop sikit2 keyakinan diri sebab aku di kelilingi dgn org yg hebat2.

Kat kms aku mula berani duduk 1st row. Dah tak de mentality takut jawab soalan dari lecturer. Tapi still ada la yg aku xdapat jawab, tapi at least aku tak avoid dah macam dulu.

Sampailah sekarang ni aku tgh posting psychiatry, and i found out that aku sebenarnya ada features of social phobia or social anxiety disorder tapi tak lah fulfill all criteria haha. Social phobia ni sejenis penyakit di mana seseorang tu rasa takut atau nervous bila berhadapan dengan social, rasa being observed or scrutinized by public and being afraid of negatively evaluated. Tapi aku tak lah sampai tahap tu. Aku prominent more performance anxiety  Tapi aku yakin, sikit2 aku boleh eliminate or reduce anxiety bila cakap kat depan. InsyaAllah by the time aku graduate, aku harap aku dapat tengok ' the improved or better me' amin.

Wednesday, 6 September 2017

Cuti sem

Aku sedang bercuti semester ke 6. Lagi seminggu lebih aku akan sambung untuk sem 7. Alhamdulillah setengah perjalanan telah berlalu dalam mengejar cita-cita dan menggenggam segulung ijazah dalam bidang kedoktoran. InsyaAllah.

Ok sekarang aku rasa bersemangat untuk merancang teknik belajar untuk dipraktikkan pada semester depan. Moga dimudahkan. Semangat ni datang hari ni tiba-tiba lepas aku lepak-lepak, baca buku itu ini, berangan, alhamdulillah.

Sem depan aku akan mula posting posting minor seperti. Mi or macam senang. Tapi tak nak lah ambil mudah. Kalau pun senang, mintak mintak boleh skor. kalau tak skor pun aku betul betul hadam, so tak perlu struggle tahun depan. Sebab tahun depan nak fokus posting posting major untuk pecutan akhir untuk PE2 or final exam or exit exam from medical school. InsyaAllah.

Preview
Sebelum start lecture buat preview at least satu page. Fahamkan apa topik yang akan di ajar.

In class
Fokus. Sediakan kertas kosong. Ambil nota. Jangan malas. Buruk pun tak pa. hahaha. Ilmuan Islam ada kata 'ikat ilmu dengan menulisnya'. Selain tu dapat elak mengantuk. Percayalah. Then buat numbering pada nota tu. Tak faham, tanya kawan or lecturer.

Post
Lepas kelas, kat bilik lepas tenang tenang, tengok balik nota. Tambah mana yang patut. baca fahamkan. Simpan dalam fail ikut numbering tu.

Practice
Buat soalan dalam buku MEQ150 tu. Jangan malas!

Weekend
Revise balik topik yang kau blur blur sepanjang minggu tu.

Last but not least
Jangan stress stress
Enjoy the process
Enjoy the journey
Believe in yourself
One day you will achieve your dream.
Just keep going, keep praying, and be patient.

InsyaAllah, Allah hear your inner side.

Love Intan
Johor
6th Sept 2017 9.50pm
Intan bersantai di Pantai Batu Buruk bersama sahabat Ina. Lepas oncall then tidur kat surau Priba HSNZ. Jumaat pagi masa tu, baca Al-Kahfi dengan Ina, sahabat syurga. 

Monday, 14 August 2017

Stay strong

Dear self, starting from now on, stay strong. Stay strong for yourself.
Bila jumpa pegawai mara tadi, kira balik jumlah pinjaman, rasa macam besarnya tanggungjawab aku nak bayar balik hutang semua tu.
Intan, mula dari saat ini terus kuat untuk diri awak.
Belajar berdikari.
Jangan bergantung harap pada orang lain.
Hidup di dunia ni sementara.
Hidup ni bukan hanya nak puaskan hati orang lain.

Jika kau harap, mak abah akan tolong kau sentiasa, tidak selamanya begitu. Mereka semakin tua. Suatu saat kau perlu hidup tanpa mereka.

Jika kau harap, adik beradik akan ada sentiasa menggembirakan hari hari kau, tidak begitu selamanya.  Suatu saat mereka akan sibuk dan lebih tanggungjawab mereka pada keluarga mereka sendiri.

Jika kau harap, kawan rakan teman sahabat akan sentiasa bergelak ketawa dengan kau, tidak tentu selamanya. Kerana mereka punya darah daging mereka sendiri.

Jika kau mengharap pada diri kau sendiri, itulah yang selayaknya. Untuk kau usaha dan bantu diri kau sendiri meneruskan hidup. Kerana hanya diri kau yang benar benar setia pada kau seorang. Yang lain tak semestinya memikirkan kau saat sibuk dan senang mereka. Namun pasti, kau ada kelemahan untuk hadapi diri kau sendiri.

Tapi jangan risau, Allah itu ada. Dia ada dekat. Jika mata hati kau sedar Dia sentiasa ada untuk kau. Hanya mata hati yang buta terlepas pandang dari rasakan kehadiranNya.
Allah,
yang selalu ada.
yang selalu faham.
yang selalu ada untuk kau bergantung. Walau apa keadaan sekalipun.Percayalah. Allah tak akan mengecewakan hambanya yang masih taat padanya.
Teruskan berjalan walapun kau penat.
Kau boleh berhenti untuk rehat, tapi bukan untuk berhenti dan hilang.

Intan,
keep going
be strong girl
never lose hope

Because you are more than you can be!!!

Thursday, 4 May 2017

Day trip Pulau Kapas

Alhamdulillah. Akhirnya berjaya juga plan trip ke Pulau Kapas ni sbab dah 2 kali tertangguh atas sebab2 yg tidak dapat dielakkan.
Isnin, 24hb April 2017, cuti sempena pertabalan agong baru. Pagi sebelum pergi ke jeti aku masak speghetti goreng dan buat sandwich telur sebab confirm nanti dah main2 air memang lapar.
Kitorang pergi berempat. Naik di jeti marang. Jeti ni terletak di Pekan Marang, sempang 4 kat logo sotong dan masjid tu, belok ke kiri kalau dari bandar teganu. Area tu dekat pasar besar Marang. Sehari sebelum tu kitorang dah book awal2 boat sebab takut ramai cuti awam kan, lambat tak dapat boat pulak nanti. So sampai jeti tu terus cari pakcik boat yang dah kitorang book, Suria Link boat. Total RM55 per head it includes RM40 for tambang pergi balik dan RM15 for google and life jacket. Ok dah tu harga.
Then naik bot dari jeti ke Pulau Kapas ambil masa 10 ke 15 minit je. First time naik bot laju kat laut lepas. Seronok weh. Debar pong ado. Tapi best la. Sebab aku suka gile kat laut. Naik bot tu tal banyak sembang pun sebab enjin bot kuat gile nak cakap pon kene jerit2 haha. So nikmati lah keindahan laut di hiasi mentari yang masih malu2 nak tubik. huhu.
Kite boleh minta abang driver bot nak drop kat mana2 beach point. Banyak point. So kitorang drop kat loko2 Harmony. Indication pilih lokasi tu sebab atas cadangan Wawa sebagai ketua trip ni haha. Setelah diteroka loko2 tu berada di tengah2 antara beach point yg menghadap Pulau Gemia dan beach point lagi satu tak tau apa namanya. hehe.
Ok dah sampai tu turun set up tempat alas tikar susun2 barang. Kat Harmony tak de pondok2 atau gazebo. Ada tempat redup2 bawak pokok. Baru feel bebetul picnic kat beach kan. Then pasir pantai situ subhanallah halus sangat. Beza dengan pasir pantai yang sebelum ni aku pegi batu buruk kelulut kasar. Tapi disebabkan kitorang lapar so kitorang pun melahap lah dulu. Tapi tak banyak la asal alas perut je sebab nanti tak larat nak snorkelling.
Memandangkan kitorang semua mesti la nak main air kan. So phone tak de orang jaga. Kitorang letak dalam bag memasing dalam2 then longgok satu tempat tindih2 tutup dgn tuala. Tapi jangan lupa silent ok. Kau simpan dalam2 tapi tak silent then bunyi then...haha
Apa tunggu lagi lari masuk air laaaa...Ni first time aku snorkeling. Before tu practice dulu pakai google tu. Ya ampun, mencabar belum. Wawa ajar pakai ketat2 supaya air tak masuk, once dah tekup nafas ikut mulut. macam2 tips dia bagi. Tapi aku kan first time so adalah silapnya. pakai google masuk air tak sampai 1 minit masuk air..haha. pastu masuk air aku tak habis2 nak cari batu nak pijak. tak reti nak balance. ya Allah. ketawa berdekah dengan wawa. gelabah gile aku. sabar betul wawa. haihhahahah.Iffa and Shereen dah sampai mana entah kitorang 20 minit masih kat tepi lagi. Adui Intan Intan. Haha. Tapi serious aku rasa nervous debor takut semua ada. Tapi bila masuk dalam air nampak batu karang ikan2 subhanallah cantiknya ciptaan Tuhan..sebelum ni tengok dalam tv je. haha.
Then slow2 aku swim kononnya ke arah tepi dekat2 dengan batu2. Iffa and Shereen panggil kat situ ada nemo. Tapi...ha jeng jeng jeng. kat area situ ada landak laut.. Its a danger. Between fact or myth.
Landak laut???  Nak tau kisah seterusnya sila rujuk next entry.
bersambung.

Sunday, 16 April 2017

Its not an easy journey

Ya. Medic ni susah. Aku mengaku.

Pada aku yang susah bukan sebab apa yang kau belajar tu susah, tapi lebih daripada setakat apa yang kau belajar tu susah.
Penyakit tu tak susah nak faham. Tapi sebab banyak tu yang susah.
Banyak term yang kalau kau tak faham memang boleh salah diagnose patient.

Kalau budak engine ada sesi praktikal dengan mesin dalam lab tech, kitorang setiap hari ada sesi dengan pesakit kat wad.
Setiap hari ada seminar.

Untuk jadi doktor bukan perlu tahu dan pakar bab penyakit tapi lebih dari tu.
Kau kene pandai cakap dengan pesakit. Pandai cakap bukan sekadar kau friendly dapat tambat hati pesakit tapi kau kene pastikan apa yang kau cakap dengan pesakit tu ada point, bawak kau ke diagnosis pesakit. Bukan main cakap buta buta macam tu je. Start dari kau greet and introduce to patient mesti dah ada something in your mind to tackle the problem what they came with. Approacj kau mesti betul untuk analyse satu persatu possible diagnosis they have by proving and excluding. Then you will come to the correct diagnosis or even working diagnosis to plan next clinical management which is so individualize.
to be continued.

Tuesday, 7 February 2017

O&G terrr

Medicine is uncertain
Uncertain is challenging
Challenging is life
Life is real & true

The best group everrrr

Ni kumpulan rotation aku. The best and happening group so far.
Aku bersyukur dalam kumpulan ni.
Kumpulan ni bervariasi.
Gender equal. Race equal. Budak pandai ada. Budak smart ada. Budak kepoh ada. Budak senyap ada. All respect each other. Some voice out, some listen and learn. That how we complete and need each other.
I love you guyss.
Our bonding start become strong since in IM posting. We got scolded and rubbish everyday. We face together. We nervous together. We laugh together. We all together.
That hardship create our bonding stronger :)

Aku nak describe sorang2 group mate aku ni.

Nicholas good presenter
Joel many idea
LC relax
Eric kadang lawak
Shu Yu smart
Si Han budak baik
Leon mata kecik
Hakim banyak tanya
Hafiz chillex
Aman innocent
Punitha siakap keli
Jac cantik
Najwa sawadikap
Shereen ratu
Iffa cool
Girija good girl
Ker hong dont care
Shin Lam tanya soalan masa seminar
Christin matang
Yi Chin budak bp
Wei Ling senyap
Intan ?

Saturday, 4 February 2017

Penat?

Ya, perjalanan ini sungguh memenatkan. Tipu kalau sesiapa yang pernah lalui jalan ni tak pernah kata
"Kenapa aku pilih jalan ni"

"Kenapa aku di sini"

"Aku nak berhenti"

"Aku penat"

"Hidup orang lain lagi macam best"

Dan kebanyakkannya hanya berkata kata di hati sahaja.

Mereka mengaku penat. Mereka mahu putus asa. Tapi jauh di sudut hati mereka, ada rasa aneh yang ingin mereka teruskan berada dalam jalan ni.

Rasa itu sungguh berat mahu lepaskan peluang ini.

"Ramai yang menaruh harapan tinggi pada aku"

"Dah tertulis jalan aku di sini"

"Allah nak yang terbaik untuk aku"

"Allah nak bawa aku kenal dan dekat dengan Dia melalui jalan ini.

Dan mereka mereka ini pun terus berlayar dalam bahtera ini.
Bahtera yang pasti dipukul ombak bila bila masa sahaja.
Dan mereka letakkan tawakal pada Allah untuk sampai ke destinasi.

#now ong posting. macam suka. pray to be ong specialist Dr Intan aminn

Friday, 20 January 2017

School health visit

Tak ingat siapa nama adik ni. Kaki dia sakit tersepit pintu. Sebab tu muka tak nak senyum pun. haha

SK Jenang ni murid tak ramai mana.

Kat sini aku belajar macammna nak advice budak for dia health. Kuku. Kasut. Tudung. Budak sekolah rendah biasalah main saja memang habis kotor.

Group KK Bukit Payong

Ini kawan sekumpulan aku selama 7 hari attachment kat KKBP. Banyak benda yabg aku belajar dari diorang ni.

Si Han (depan sekali) Dia dari Sarawak. Dia budak scorer A dulu masa preclinical year. Masa attachment ni, nampak usaha dia nak belajar bahasa melayu. Dia selalu tanya ini apa itu apa. Walau sebutan macam lawak, nak tergelak, tapi dia tetap juga sebut, tanya nak tahu apa meaning in English or in medical term. Seronok belajar dan mengajar diorang ni.

Gambar ni masa last day at kk. Bilik DOTS. Supervised by nure Azila. Ajak selfie dia tak nak, malu katanya.

Sunday, 15 January 2017

Luahan pesakit

"Dear Dr, if you cannot cure or treat our diseases, its okay. Because we know you are not God. But at a very least, please let us back home as we come here, not worsen"
Your patient.

Wednesday, 11 January 2017

Aku ada HIV!

Aku juga manusia biasa. Aku ada hak. Mengapa aku disisih?

Aku tahu salah aku. Dulu aku edar, hisap tak fikir apa. Fikir duit, high. Itu je. Aku tak hirau pun keluarga aku. Sekarang mereka buang aku.

Aku masuk keluar penjara puluh kali. Rumah aku sama ada hospital, masjid, busstand, dataran Syahbandar. Begitulah seterusnya.

Masuk Pusat Serenti. Dipaksa. Keluar. Hisap balik. Susah aku nak berhenti.

Kat wad, asyik rasa nak marah je. Doktor aku marah. Misi aku marah. Mak abah duduk jauh nun tu tepi pintu. Tapi aku nak rasa orang di sisi aku sepanjang masa.

Aku HIV positif. Aku nak berhenti. Aku duduk tu hulu kampung. Nak sambung follow up perlu ke bandar jumpa doktor. Sambung terapi HAART. Duit RM20. Cukup untuk tambang je pergi balik. Tu pun dari terminal ke hospital jalan kaki.

Malam semalam aku mimpi keluarga aku datang jumpa aku di shelter. Aku minta geng bawa ke rumah mak ayah. Adik yang keluar. Dia kata bukan. Ayah aku keluar cakap "Bakpe mu bawa dia ke mari, bawa dia ke spita!". Geng balas, "Aku nok bawa ke spita tapi anak mu ni nok jumpa mu!" Aku tak diterima. Aku dihantar ke hospital. Dan hari ni aku pergi menghadap Ilahi, meninggalkan keluarga yang sudah meninggalkan aku lama dahulu.

Pergi hospital jumpa doktor follow up. "Macam mana keadaan?Makan ubat?" Doktor tanya. "Ok doktor. Saya ok" . Aku jawab baik belaka. Sebab aku tahu doktor nak dengar yang baik-baik je. Padahal rumah aku kat terminal bas, tapi ubat aku kat masjid kampung mana entah.

Balik rumah, semua adik beradik lari. Aku makan sendiri. Lepas makan pinggan aku dibuang. Jijik. Takut jangkit. Tempat tidur aku di bawah rumah.

Maka beginilah realiti sebenar yang berlaku dalam kalangan penghidap HIV. Mereka perlu di beri peluang dan ruang. Stigma masyarakat masih berlaku. Jadi,
"come, see, sense and help" melalui Komuniti CAKNA Terengganu.

Kawan CAKNA aku berhati mulia. Mereka usaha habis baik bantu aku tinggalkan hisap ni.

Aku terlantar kat wad, CAKNA datang luangkan masa dengan aku. Dengar cerita aku. Tak duduk jauh jauh macam mak aku. Tempat katil aku dibersihkan.

Aku keluar hospital aku masuk shelter. Jumpa ramai orang lain yang macam aku. Nak berubah sama sama.

Dalam shelter semua macam keluarga. Buat aktiviti sama sama. Rasa kuat nak berubah.

Dalam shelter kene solat. Ustaz datang bagi kuliyah bagi mantap ilmu agama kami.

Sekarang aku rasa bersemangat nak tinggalkan najis tu. Aku yakin aku tak terlambat. Aku masih ada peluang. Aku kuat sebab aku tahu Allah ada dengan aku.

So people out there, do not misjudge us from our that one mistake. We are human too. Please accept us and treat us like human want to be treated. At least, respect us as long as we do not harm you. Please give us chance and space in community. As for now, we know stigma toward us have not free yet, but we always know that Allah always open His taubah door for those who seek for it.
Alhamdulillah.

Tuesday, 10 January 2017

Pengakuan syaitan!

How to calculate BMI?

Assalamualaikum.

So today I want to share some info about BMI. What is it? Body mass index. This index is a standard guide to classify who are in what range between underweight, normal or ideal, overweight and obese.

Because I attached to Diabetic Clinic just now under supervision of Sister Zaidah and Nurse Ros.
So much things i learnt today from screening diabetic retinopathy, fundoscamera, staging etc.

But i just want to share how to calculate ideal weight range for individu in normal range calculated BMI

Weight range - ?
Height - 1.57m
BMI normal range - 18-23

Lower limit weight range
= 1.57x1.57x18
= 46

Upper limit weight range
= 1.57x1.57x23
= 59

therefore ideal normal weight range of this patient is = 46-59kg

Sabr in Mujahadah

Abu Huraira reported ; The Messenger of Allah, peace and blessings be upon him,
the hardship of a believer in this world, Allah will relieve his hardship on the Day of Resurrection. Whoever helps ease someone in difficulty, Allah will make it easy for him in this world and in the Hereafter. Whoever covers the faults to a Muslim, Allah will cover his faults in this world and in the Hereafter. Allah helps the servant as long as he helps his brother. Whoever travels a path in search of knowledge, Allah will make easy for him a path to Paradise, for a people do not gather together in the houses of Allah, reciting the Book of Allah and studying together, except that tranquility will descend upon them, mercy will cover them, angels will surround them , and Allah will mention them to those with Him. Whoever is slow to good deeds will not be hastened by his lineage"
Sahih Muslim 2966

Monday, 9 January 2017

Fathiah Hani BCG scar at KKBP

Harini aku sampai kk lewat.

Mula2 assign dalam bilik pemeriksaan yang ada home visit.
Bosan.

Pastu gi post natal home visit for day 20th baby. Nama baby tu Nur Fathiya Hani. Woahh. My favourite retis is Nur Fathiah Hani. Takdir.
Ok lah. Dah ada pengalaman semalam pegi dgn jm kd tebakang, so fahamlah. Cuma fathiah tu yang jadi seronok.

Pastu balik join A&E. Observe dressing. Kejap je.
Bosan.

Pastu pegi diabetic room with Sister Norizan. Here Allah bagi banyak sangat hadiah. Berkat sabar and sebab aku tak copy untuk cop kot. hehe
First, buat screening for diabetic. Moral of the story
#turunkan berat 2kg sebab bmi betul2 atas pagar, 23
#kurangkan carbo
#gantikan dengan sayur hijau, bayam, hati ayam sebab hb aku low, 10.1
#gym selang 30min a day/150min a week
#kurangkan manissss
#minum stevia

Second, i found out solution for being having 'no bcg scar'
#only God know how relieved am I
#calming soft motherly spoken sister Norizan
#positive, professional. malu jugak bila ramai orang tau. tapi, who cares!
#knowing that scar indicates malaysian identity. kalau tak dok scar tu orang boleh urgeu kite ni orang asing. huhu. baru tau.

Alhamdulillah for this beautiful plan day Allah. I 💘 you.

Angin sejuk

Maka nanti tanda akhir kiamat yang akan berlaku sebelum Israfil meniup sangka kala yang pertama ialah, Allah hantar angin sejuk berpusat dari bumi Syam, dan angin itu bila terkena pada orang Islam walau imannya sebesar biji sawi, akan mati orang itu. Dan selamatlah dia daripada dipertontonkan berlakunya kiamat depan mata. Maka itulah juga satu nikmat. Maka doalah agar mata ini tidak melihat berlakunya hari kiamat.

Saturday, 7 January 2017

Visit to Kilinik Desa Kg Tebakang

First time sampai kat KD ni.
Ada 2 JM yang bertugas.

Seronok posting harini.

First, aku dapat cek blood glocose aku sendiri. reading 4.6. Alhamdulillah. It releived my suspension before this. ku pernah mendiagnos diri aku macam ada diabetes. Sebab apa? Sebab aku ada simptom suka nak makan manis, nocturia, peripheral neuropathy. Sekarang aku dah pakai spec and pernah aku terfikir adakah sebab retinal problem due to diabetes. But blury not happen when I wear spec. So that simptom out lah. But proved today Im free of diabetes! Alhamdulillah!!!

Second, I test my Hb level. Low weh. 10.1. Normal should be more than 11. ???
Nurse kata mungkin normal kot. But it make me to thing more. Am I have any symptoms of anemia? Macam ada. Hahaha. Jeng jeng jeng. Jom explore. Baca davidson how to diagnose anemia???

Okay
Anemia is low hemoglobin level of reference range of appropriate sex and age.
Anemia boleh disebabkan oleh 2 mekanisma.
Satu, kurang penghasilan dari bone marrow seperti
#kurang iron,folate,vitB12
#renal failure to produce EPO
#u/l chronic disease

Dua, more cell removal
#blood loss
#haemolysis
#hypersplenism

Rukun-rukun solat

Sumber - Kitab Terjemahan Safinatun Najah (Salim Bin Smeer Al-Hadhrami)

Terdapat 17 rukun solat.
1. Niat

- ada 3 tingkatan niat

  • Jika SOLAT FARDHU - maka wajib ada ; tujuan berbuat (Aku solat) + menentukan solat apa (zuhur) + kefardhuannya (fardhu) 
  • Jika SOLAT SUNAT MUAKKAD (solat yang ada waktunya)/solat yang ada sebab - maka wajib ada ; tujuan berbuat (Aku solat) + menentukan solat apa (dhuha)
  • Jika SOLAT MUTLAK (saja-saja solat) - maka wajib ada ; tujuan berbuat (Aku solat) sahaja
2. Membaca takbiratulihram
- lafaz
- mengharamkan semua perkara harus sebelum solat

3. Berdiri atas orang yang mampu (dalam solat fardhu)

4. Membaca Al-Fatihah

5. Rukuk

6. Tumakninah di dalam rukuk

7. Berdiri tegak setelah rukuk
- tidak membongkok (jika mampu)

8. Tumakninah di dalam iktidal 

9. Sujud 2 kali

10. Tumakninah di dalam sujud

11. Duduk di antara dua sujud

12. Tumakninah di dalam duduk

13. Membaca tahiyat di dalam duduk yang akhir 

14. Duduk di dalam tahiyat

15. Membaca selawat kepada Nabi SAW di dalam tahiyat akhir

16. Salam

17. Tertib

Friday, 6 January 2017

Parents

no words could describe them. Oh Allah, bless them with Jannah. 

Thursday, 5 January 2017

Fear vs Hope

Don't study with fear of failing.
But study with hope of succeeding.

Medicine is uncertainty

Medicine is not full of uncertainty, but it is uncertainty.

Once you enter this field you know how far its uncertainty.

Start from you application to enter medical school. You do not know where your placement will be. Your first choice can stay be your dream. Your last choice be yours.

During interview, it was uncertain too. You can get warm welcome from the most kindhearted interviewer. You can get useful advice or motivation. You can get provocation until you feel like to give up. At very first step? Yes! Only the chosen one will move on this battle until the end.

Once you enter first semester, it seem like oh this easy. I can survive. I aim for A! Read lecture note only. Yes, A can be on your hand. But it can be yours on first paper. Later, you will say I'm grateful enough if I can pass exam. Yes. But you still can get distinction with your super duper effort, tears, test, ups, downs and rizq. It was not  impossible.

Then your preclinical year will end with professional exam. All wish to pass this exam. Only some wish with flying colours. Still, it was not impossible.
Some wish not to fail cause they don't want to suffer in supplementary exam with so much depress mentally.

When you pass pro exam 1, it was so blessed. You feel  so happy and some forget the new adventure ahead. It was not the end. The new endeavour are still waiting in clinical year, the real war field of medicine.

In clinical year, It was so full of adventure. Presentation everyday. Fear. Nervousness. Excitement. Hurt. Tears. Fail. Pass. And the list goes on.

But there is one thing in all the medicine survivor, they don't quit. They fall, they get up. Fall again, get up again. They never easy to left this endeavour.

And the uncertainty continues until the higher level of medical staffs.
And the uncertainty reflects how uncertain the things under Allah hand's. We, human do not have power to against or control it. We plan. And Allah only allow the best to happen according to Him, who The All Knowing.

May Allah rewards all those who sacrifice their life in this battle with rahmah, redha, health, wealth, happiness and Jannah, the absolute hometown we are return to. Amin ya Rabb.

Kata sakti Rumi

Rumi's words never fail to make our brain cells keep connecting and find answer of ' yes it is!'

Lets do come back Intan!

Hari ini yang memang dah tertulis.

Aku menangis sedih. Kecewa. Dengan makhluk.

I back to my Lord with all my weakness. I beg for strength to battle with my own nafs.

Mujahadah.

And I rushed to text my other soul in UK. The soul who have through thick and thin in tarbiyah track since kms.

The points are
Aku yang tak terisi macam mana nak mengisi?

The soul said
Saya rindu awak. Dan semangat awak.
That second ayah so touched me. I cried hardly. All flashback movie popped on my mind. I showed who I'm years back in tarbiyah track. Where the old Intan gone? Allah reminded me what I have done and why I stop now?
You have to do come back Intan.
Kutip balik. Cari balik semangat yang hilang diragut dunya!

Just now I thought,
How to see akhirat in front of our eyes always, every single second. Not blinded by this dunya?

Tuesday, 3 January 2017

Sabar tu separuh dari iman

Perkara paling menguji kesabaran ialah mengajarkan ilmu hingga  orang  tu  faham. Huhu. Sabar 
Iman  Firdaus

Monday, 2 January 2017

ANCAMAN SYIAH IMMAMIYAH

ANCAMAN SYIAH IMMAMIYAH
OLEH : DR SAYYID ABDUL MUN’IM ABDUL AZIZ AL-SIDDIQ & SYEIKH FUAD B KAMALUDIN AL-MALIKI
Syiah tuduh cinta kpd ahlul bait tidak perlu.
Mereka menggalakkan caci dan laknat para sahabat.
Dakwa kemaksuman ada pada nabi SAW dan imam-imam mereka tapi segala yg didakwa penipuan semata-mata.
Mereka dakwa semua sahabat telah murtad padahal sahabat-sahabat inilah yg bantu dakwah nabi dan dipuji oleh Allah.
Semua kitab Syiah ada racun berbisa. Hati –hati.
Jika orang baca kitab yg menghimpunkan kenyataan-kenyataan Syiah maka takutlah mereka.
Syiah telah wujud lama dahulu.
Para ulama dahulu telah berusaha untuk membanteras syiah ini.
Hukumnya wajib secara individu untuk melindungi akidah ASWJ dan para sahabat.
Syiah tuduh Saidina Hasan seorang musyrik dengan alasan tinggalkan khilafah kepada Muawiyah. Mereka marah dan mengkafirkan Saidina Hasan.
Kenyataan Syiah – Saidina Abu Bakar dan Umar kafir dan siapa yang mencintai mereka kafir.
Menurut ulama’ Syiah, Saidina Abu Bakar solat dibelakang nabi dengan memakai rantai berhala. Hal ini secara tidak langsung syiah tohmah Rasulullah kerana mana mungkin nabi benarkan hal tersebut berlaku.
Kenyataan Syiah – Saidina Umar ketika ditikam Abu Lu’luah, dia minta diberi minum dengan arak. Syiah dakwa Saidina Umar bertemu dengan Allah dengan perut penuh arak.
Kenyataan-kenyataan Syiah amat menyesatkan.
Syiah menyokong Saidina Ali. Syiah juga mengkafirkan Saidina Umar. Sedangkan Saidina Ali memberi kahwin anaknya dengan Saidina Umar. Mana mungkin Saidina Ali memberi kahwin anaknya dengan seorang yang kafir.
Bagi Syiah halal darah semua yang tidak seakidah dengan mereka.
Sembelih orang Islam di Syria dan Iraq kerana pemerintahnya Syiah.
Sembelih orang Islam telah wujud lama pada zaman Abbasiyah.
Syiah haruskan zina dan hasil zina itu dinasabkan kepada lelaki penzina tersebut. Hal ini sabit dengan hadis nabi yang mana terjemahannya ‘..banyak anak zina akhir zaman nanti’. Inilah zamannya.
Syiah pernah ceroboh kaabah, runtuh dan bina semula.
Mereka bunuh Bani Syaibah yang pegang kunci Kaabah.
Menurut Imam Syiah, darah ASWJ halal dibunuh tapi kalau nak bunuh jangan terang-terangan.
Jangan baca kitab-kitab Syiah kerana rukun utama dalam mazhab itu ialah pembohongan.
Syiah telah mereka cerita yang sanadnya palsu.
Syiah dakwa Saidatina Aisyah penzina. Mustahil nabi reda dengan tuduhan itu.
Kesan Syiah – perpecahan ummah, negara mundur, negara tidak aman.
“Setiap yang jatuh pasti ada yang mengutipnya”.Perumpamaan ajaran Syiah.
Orang yang sesat itu tidak tahu akan kesesatan tersebut.
Kita belajar dan mendalami kesesatan tersebut sebagai sepadan supaya tak ikut sesat.
Mutiara kata Saidina Ali “ Sesungguhnya nasihat itu tidak Nampak kesannya melainkan esok”.
Di Iraq, Syiah yang memerintah sekarang ini. Sedangkan ramai ulama ASWJ yang dimakamkan dibumi itu.
Syiah Immamiyah bukan mazhab tetapi agama lain yang menyaingi agama Islam. Sangat menyimpang jauh.
Syiah berasal dari perkataan Arab yang beri maksud > pengikut, pendorong, pencinta. Jangan membenci dengan 4 huruf ini.
Imam Syiah ada 12 orang.
Iktikad Syiah –  sama seperti Rukun Islam tetapi dibuang Ucap 2 kalimah syahadah dan digantikan dengan imamiyyah (rukun yang kelima)>>maknanya pemimpin perlu dipilih atas wasiat nabi (imam 12).
Isu yang diuar-uarkan oleh Syiah – Saidina Ali tidak hadir di mesyuarat untuk pilih Saidina Abu Bakar kerana Saidina Ali tidak bersetuju. Sedangkan ada riwayat yang mengatakan Saidina Ali reda dengan cadangan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah pengganti nabi.
Syiah dakwa Al-Quran tidak sempurna.
Syiah ada Al-Quran lain yang diseleweng dari yang asal.
Antara penyelewengannya > Ayat kursi ada penambahan dibahagian depan ayat. Ada surah wilayah 7 ayat.
Doktrin berkaitan Allah
Dakwa Asma Al-Husna milik imam-imam mereka.
Dakwa Tuhan yang utuskan Saidina Abu Bakar jadi khalifah bukan Tuhan mereka.
Mengatakan Tuhan ada anggota & anggota Tuhan ialah mereka.
Dakwa Saidina Ali pemilik syurga & neraka bukannya Allah.
Dakwa Saidina Ali itu Tuhan Ali yang menyebabkan api sejuk (semasa nabi Ibrahim dibakar)
Kesimpulannya, Syiah ini suatu agama lain yang mempunyai  Tuhan, Nabi dan Al-Quran yang tersendiri.
Wallau’lam

Sunday, 1 January 2017

Selisih dgn malaikat maut sokmo!

Tempat itu jadi saksi bertemunya roh kita.

Semalam kau tetap balas soalanku, walau dalam lelah. Tapi pagi tadi aku datang, doktor tengah cpr kau.
Semalam kau masih jawab tanyaku. Tapi pagi ni kau jadi teruk hingga di pindah ke kubikal acute.
Semalam aku perhati kau sesak dengan alat bantu pernafasan. Hari ni kau senyum dah boleh pulang.
Semalam kau risau tunggu keputusan doktor. Hari ni kau lega dah boleh pulang dengan kandungan yang stabil.
Semalam kau masih tak sedar. Doktor khabar keadaan semakin memburuk. Hari ni dikhabarkan 'pak cik tu dah tak dok dah dik'

Senyap.
Fikir.
Mengimbau.
Muhasabah.

Sesungguhnya semua urusan manusia dalam kuasa Allah. Tiada siapa yang boleh menjangkau.

Moga mata hati kita sentiasa diberi petunjuk untuk mengerti hikmah setiap yang diperlihatkan di hadapan kita

Christmas celebration

Sekali Allah terus bagi 2 jawapan.

Jadilah seperti ikan dalam laut masin. Walau hidup dalam air masin, ikan tetap rasa yang asli, tak masin.

Lagi satu,

Kunang kunang yang terbang di gelap malam dengan sayap bercahaya.
Sepatutnya begitu lah kau berkelana di bumi ini. Bercahaya dengan sayap iman, sayap kekuatan, sayap kesabaran. Jangan biar sayap itu tercabut oleh ribut malam yang ganas.

Reflection from  joining  christmas  celebration  for  1st  time  ever. Bonding  with classmate
#mediclife