Friday, 5 August 2016

Koleksi Buku


UTHM
Bebunga Kalbu (Lebuh Kehidupan)

3 puisi kemerdekaan (Rumah Ini Milik Siapa)
Ombak Rindu (sedetik.doc)
Hijrah ; Usrah Tepi Pintu (ABM 1.0 Anatomi)

Inspirasi untuk terus menulis

Menulislah, kerana tulisan tak akan mati. Mungkin ia menjadi 'ilmu yang dimanfaatkan' dan tabung pahala jika awak tiada lagi di dunia ini. Mungkin juga ia menjadi kenangan abadi anak-cucu kelak. Menjadi inspirasi kepada orang lain seterusnya membuktikan 'kita' pernah ada dan menjadi manfaat di dunia ini.

-inspirasi untuk terus menulis walau tahu tiada siapa yang membaca :)

Selawat dan faedahnya

🌹Kelebihan selawat yang istiqamah🌹
🍁Mendapat keampunan Allah
🍁Merawat pelbagai penyakit hati
🍁Makbul segala lintasan hati
🍁"Barangsiapa selawat 100 kali sehari, mereka ini akan dicop bebas daripada api neraka dan sifat nifak"
🍁"Barangsiapa selawat 1000 kali pada hari jumaat, mereka ini tidak wafat sebelum melihat tempatnya di syurga"
🍁"Manusia yang paling dekat dengan aku dan layak mendapat syafaatku ialah yang paling banyak selawat kepadaku"
Sollu alan nabi!

Sedeqah itu tidak terbatas pada wang sahaja.

Ringkasan pengisian oleh Ustaz Norazam Bahadon

Selain daripada wang, sedeqah juga meliputi perkara-perkara di bawah
1)berlaku adil antara 2 orang
2)membantu seseorang untuk menaiki kenderaan/mengangkat barangnya (sedeqah dari segi tenaga)
3)perkataan yang baik-baik
4)setiap langkah untuk ke masjid
5)mengangkat barang yang menyakiti di tengah jalan
6)ucapan Subhanallah, Alhamdulillah, Allahuakbar
7)senyum :)
8)solat sunat dhuha menyamai semua jumlah sedeqah.

Kata Hikmah Penguat Mujahadah

 *  Berdoalah dua perkara iaitu supaya dimudahkan untuk berbuat taat dan disukarkan berbuat jahat.
*      Orang yang mentaati anjuran Nabi diberi rahmat.
*      Selagi kita mujahadah, lawan, selagi itu rahmat Allah sangat luas. Jangan buruk sangka dengan Allah.
*      “Allah mencintai orang yang sentiasa dikalahi nafsunya tetapi bertaubat berulang-ulang kali”
*      Yang bunuh 100 orang pun Allah ampunkan, apa lagi kita!
*      Nafsu itu umpama bayi yang menangis nak susu dan lanun/perompak di tengah jalan.
*      Perhimpunan ilmu itu dapat menghapuskan dosa dan menjadi lebih baik serta meningkatkan darjat sebagai orang yang berilmu.
*      Bila Ramadan pergi, Syawal tiba, maka syaitan terlepas dan ingin merompak iman kita. Sebab itulah digalakkan malam raya untuk kita berqiamulail.
*      Hadirlah ke tempat-tempat orang soleh untuk mengembalikan kemutlakan jiwa kita.
*      Paling tidak jadilah ustaz atau ustazah untuk diri kita sendiri.
*      Jalan untuk mendapatkan khair (kebaikan) adalah melalui solat jamaah dan mempelajari ilmu.
*      Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, maka akan difaqihkan tentang ilmu agama.
*      Amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah. Amalan yang dimurkai oleh Allah ialah dosa yang kecil tetapi berkekalan.