Pada suatu malam
9 Zulhijjah, bertemankan bintang-bintang sepi dilangit tenang, terjadilah
perbualan Alif Firdaus bersama sahabatnya yang tidak dijangka.
Perbualan bermula
sekadar hanya bertanya khabar dan status rohani yang sudah lama tidak bersua
menambah ilmu bersama.
Perbualan yang
sangat menarik apabila mereka bermula bercerita tentang alam. Jika diberi
peluang menjadi alam, anda mahu jadi apa? Persoalan yang sangat menarik.
-----------------------------------------
Jadilah seperti angin.
Kerana ia membawa khabar gembira. Angin mengeringkan keringat petani di sawah. Angin
juga membawa rebut, namun adanya pokok melengkapi fungsi angin supaya tidak
melampau batas. Pokok dapat menahan angin supaya tidak ganas. Sama seperti
manusia. Manusia memerlukan agama yang menjadi peraturan hidup atau ketetapan
sesuatu agar manusia tidak melampaui batas.
Saya mahu jadi
langit. Langit dapat melihat seluruh sisi-sisi bumi termasuk yang baik dan yang
buruk. Tidak terkecuali setiap saat gelagat manusia. Langit itu luas, lapang. Ia
menerima apa sahaja yang dipaparkan kepadanya dari bumi.
Bagaimana pula
dengan ombak? Ombak ganas. Ia selalu membadai pantai. Sesekali ia boleh
menerjah pantai dengan ganas mungkin tanda tunjuk perasaan. Tapi sikap tidak
putus asa ombak patut dijadikan contoh. Ombak tidak pernah putus asa untuk
menghantar buih-buih air laut ke pesisir pantai, tidak kira banyak mahupun
sikit. Namun, ombak ini juga patuh pada arahan Tuhannya, bila mahu ganas, bila
mahu lembut. Bila mahu tegas, bila mahu toleransi. Begitu juga manusia.
---------------------------------------------------
Perkongsian tersebut
sedikit sebanyak mentadabbur alam dan menjentik iman di jiwa yang sudah lama
leka. Sungguh alam itu alamat kepada
manusia untuk ingat pada Pencipta. Namun manusia selalu lupa. Selalu leka. Walau
begitu, alam tidak pernah jemu mengingatkan, di mana itu adalah tanda kasih
yang Allah masih mahu titipkan. Allah. Alhamdulillah.
-----------------------------------------------------
Alif puas dapat meluah kata-kata, membongkar
kosa kata keramat di bawah lapis-lapis ilmu-ilmu perubatan yang ada dalam peti
ingatannya.
--------------------------------------------------------
bersambung.

