Aku juga manusia biasa. Aku ada hak. Mengapa aku disisih?
Aku tahu salah aku. Dulu aku edar, hisap tak fikir apa. Fikir duit, high. Itu je. Aku tak hirau pun keluarga aku. Sekarang mereka buang aku.
Aku masuk keluar penjara puluh kali. Rumah aku sama ada hospital, masjid, busstand, dataran Syahbandar. Begitulah seterusnya.
Masuk Pusat Serenti. Dipaksa. Keluar. Hisap balik. Susah aku nak berhenti.
Kat wad, asyik rasa nak marah je. Doktor aku marah. Misi aku marah. Mak abah duduk jauh nun tu tepi pintu. Tapi aku nak rasa orang di sisi aku sepanjang masa.
Aku HIV positif. Aku nak berhenti. Aku duduk tu hulu kampung. Nak sambung follow up perlu ke bandar jumpa doktor. Sambung terapi HAART. Duit RM20. Cukup untuk tambang je pergi balik. Tu pun dari terminal ke hospital jalan kaki.
Malam semalam aku mimpi keluarga aku datang jumpa aku di shelter. Aku minta geng bawa ke rumah mak ayah. Adik yang keluar. Dia kata bukan. Ayah aku keluar cakap "Bakpe mu bawa dia ke mari, bawa dia ke spita!". Geng balas, "Aku nok bawa ke spita tapi anak mu ni nok jumpa mu!" Aku tak diterima. Aku dihantar ke hospital. Dan hari ni aku pergi menghadap Ilahi, meninggalkan keluarga yang sudah meninggalkan aku lama dahulu.
Pergi hospital jumpa doktor follow up. "Macam mana keadaan?Makan ubat?" Doktor tanya. "Ok doktor. Saya ok" . Aku jawab baik belaka. Sebab aku tahu doktor nak dengar yang baik-baik je. Padahal rumah aku kat terminal bas, tapi ubat aku kat masjid kampung mana entah.
Balik rumah, semua adik beradik lari. Aku makan sendiri. Lepas makan pinggan aku dibuang. Jijik. Takut jangkit. Tempat tidur aku di bawah rumah.
Maka beginilah realiti sebenar yang berlaku dalam kalangan penghidap HIV. Mereka perlu di beri peluang dan ruang. Stigma masyarakat masih berlaku. Jadi,
"come, see, sense and help" melalui Komuniti CAKNA Terengganu.
Kawan CAKNA aku berhati mulia. Mereka usaha habis baik bantu aku tinggalkan hisap ni.
Aku terlantar kat wad, CAKNA datang luangkan masa dengan aku. Dengar cerita aku. Tak duduk jauh jauh macam mak aku. Tempat katil aku dibersihkan.
Aku keluar hospital aku masuk shelter. Jumpa ramai orang lain yang macam aku. Nak berubah sama sama.
Dalam shelter semua macam keluarga. Buat aktiviti sama sama. Rasa kuat nak berubah.
Dalam shelter kene solat. Ustaz datang bagi kuliyah bagi mantap ilmu agama kami.
Sekarang aku rasa bersemangat nak tinggalkan najis tu. Aku yakin aku tak terlambat. Aku masih ada peluang. Aku kuat sebab aku tahu Allah ada dengan aku.
So people out there, do not misjudge us from our that one mistake. We are human too. Please accept us and treat us like human want to be treated. At least, respect us as long as we do not harm you. Please give us chance and space in community. As for now, we know stigma toward us have not free yet, but we always know that Allah always open His taubah door for those who seek for it.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment