Saturday, 7 January 2017

Rukun-rukun solat

Sumber - Kitab Terjemahan Safinatun Najah (Salim Bin Smeer Al-Hadhrami)

Terdapat 17 rukun solat.
1. Niat

- ada 3 tingkatan niat

  • Jika SOLAT FARDHU - maka wajib ada ; tujuan berbuat (Aku solat) + menentukan solat apa (zuhur) + kefardhuannya (fardhu) 
  • Jika SOLAT SUNAT MUAKKAD (solat yang ada waktunya)/solat yang ada sebab - maka wajib ada ; tujuan berbuat (Aku solat) + menentukan solat apa (dhuha)
  • Jika SOLAT MUTLAK (saja-saja solat) - maka wajib ada ; tujuan berbuat (Aku solat) sahaja
2. Membaca takbiratulihram
- lafaz
- mengharamkan semua perkara harus sebelum solat

3. Berdiri atas orang yang mampu (dalam solat fardhu)

4. Membaca Al-Fatihah

5. Rukuk

6. Tumakninah di dalam rukuk

7. Berdiri tegak setelah rukuk
- tidak membongkok (jika mampu)

8. Tumakninah di dalam iktidal 

9. Sujud 2 kali

10. Tumakninah di dalam sujud

11. Duduk di antara dua sujud

12. Tumakninah di dalam duduk

13. Membaca tahiyat di dalam duduk yang akhir 

14. Duduk di dalam tahiyat

15. Membaca selawat kepada Nabi SAW di dalam tahiyat akhir

16. Salam

17. Tertib

No comments:

Post a Comment