Saturday, 4 February 2017

Penat?

Ya, perjalanan ini sungguh memenatkan. Tipu kalau sesiapa yang pernah lalui jalan ni tak pernah kata
"Kenapa aku pilih jalan ni"

"Kenapa aku di sini"

"Aku nak berhenti"

"Aku penat"

"Hidup orang lain lagi macam best"

Dan kebanyakkannya hanya berkata kata di hati sahaja.

Mereka mengaku penat. Mereka mahu putus asa. Tapi jauh di sudut hati mereka, ada rasa aneh yang ingin mereka teruskan berada dalam jalan ni.

Rasa itu sungguh berat mahu lepaskan peluang ini.

"Ramai yang menaruh harapan tinggi pada aku"

"Dah tertulis jalan aku di sini"

"Allah nak yang terbaik untuk aku"

"Allah nak bawa aku kenal dan dekat dengan Dia melalui jalan ini.

Dan mereka mereka ini pun terus berlayar dalam bahtera ini.
Bahtera yang pasti dipukul ombak bila bila masa sahaja.
Dan mereka letakkan tawakal pada Allah untuk sampai ke destinasi.

#now ong posting. macam suka. pray to be ong specialist Dr Intan aminn

No comments:

Post a Comment