Monday, 14 August 2017

Stay strong

Dear self, starting from now on, stay strong. Stay strong for yourself.
Bila jumpa pegawai mara tadi, kira balik jumlah pinjaman, rasa macam besarnya tanggungjawab aku nak bayar balik hutang semua tu.
Intan, mula dari saat ini terus kuat untuk diri awak.
Belajar berdikari.
Jangan bergantung harap pada orang lain.
Hidup di dunia ni sementara.
Hidup ni bukan hanya nak puaskan hati orang lain.

Jika kau harap, mak abah akan tolong kau sentiasa, tidak selamanya begitu. Mereka semakin tua. Suatu saat kau perlu hidup tanpa mereka.

Jika kau harap, adik beradik akan ada sentiasa menggembirakan hari hari kau, tidak begitu selamanya.  Suatu saat mereka akan sibuk dan lebih tanggungjawab mereka pada keluarga mereka sendiri.

Jika kau harap, kawan rakan teman sahabat akan sentiasa bergelak ketawa dengan kau, tidak tentu selamanya. Kerana mereka punya darah daging mereka sendiri.

Jika kau mengharap pada diri kau sendiri, itulah yang selayaknya. Untuk kau usaha dan bantu diri kau sendiri meneruskan hidup. Kerana hanya diri kau yang benar benar setia pada kau seorang. Yang lain tak semestinya memikirkan kau saat sibuk dan senang mereka. Namun pasti, kau ada kelemahan untuk hadapi diri kau sendiri.

Tapi jangan risau, Allah itu ada. Dia ada dekat. Jika mata hati kau sedar Dia sentiasa ada untuk kau. Hanya mata hati yang buta terlepas pandang dari rasakan kehadiranNya.
Allah,
yang selalu ada.
yang selalu faham.
yang selalu ada untuk kau bergantung. Walau apa keadaan sekalipun.Percayalah. Allah tak akan mengecewakan hambanya yang masih taat padanya.
Teruskan berjalan walapun kau penat.
Kau boleh berhenti untuk rehat, tapi bukan untuk berhenti dan hilang.

Intan,
keep going
be strong girl
never lose hope

Because you are more than you can be!!!

No comments:

Post a Comment