ISS Menulis
MANUSIA yang menjadi hamba, ummah, anak, adik, sahabat dan lawan. Itulah watak di pentas coretan ini untuk berkongsi manfaat dan mencari diri.
Thursday, 11 June 2020
Kecewa Dengan Manusia?
Tuesday, 9 June 2020
Kenapa Wanita Mulia
Friday, 10 August 2018
Sebelah malaikat maut in ED
Doing elective posting in ETD HSNI.
Ada satu hari tu, dah nak dekat waktu rehat lunch. Ada 1 new case ambulance call. Unconscious chinese gentleman was brought in 1 hour post electric shock in his work place.
Pulseless. Intubated. CPR for 30 minutes. With bagging. Still pulseless after 30 minutes.
Aku dapat peluang buat cpr kat patient tu and take turn bagging from the nurse. It was my first experience doing cpr in real patient. Good experience indeed. More cpr to come.
Moga moga usaha ini untuk jadi manfaat kpd orang lain Allah berkati.
Sunday, 5 August 2018
Elective posting
Today is my 2nd week of doing elective in HSNI.
I did mistakes. I'm not so confident to take blood. But i tried my best to take opportunity. I forced myself to the limit.
When i failed or making mistakes, i felt so ashamed with the staffs surrounding me. It's me to feel so down when it happened. But slowly i persuaded myself to take a deep breath and said to myself 'it's okay. Dont be so down. You will learn. Do not bother what people surround talk about you. Help yourself. If not, who else will helf you.'
Intan, so have more potential than you think you are. Allah send you to this situation for you to be prepared for your future. Dont bother what people talk about you. You know yourself better. Do it many times until you master. You can do it. Allah send to here for you to learn and improve. Dont hesitate and block yourself from reaching your goal. InsyaAllah you can do the best. Reset your nawaitu. With bismillah, start your step. Allah always with you dear self.
Intan
HSNI
1.15pm
Saturday, 21 October 2017
Keyakinan diri
Beberapa hari lepas, ada seorang kawan aku tanya minta tips untuk bina keyakinan diri.
Aku rasa aku pun lemah bab tu. Tapi aku just jawab melalui pengalaman aku. Aku nak cerita sikit la pasal diri aku, which is maybe 5 years back aku ni macam mana, yang berkaitan dengan topik ni.
Aku sangat pemalu. Masa kat sekolah rendah ustaz nak ambil gambar pun aku tak nak. Memang kene paksa la.
Dulu mak aku suruh pegi kedai beli apa apa mesti aku refuse. Bagi alasan macam macam. Suruh anep yang pegila. Aku tau aku salah sebab mana boleh kata ah walau mak suruh. Aku memang tak nak pegi. Just memang tak nak pegi. sebab aku malu sangat nak cakap dengan orang. pastu mula la mak alu compare dengan cousin yang sebelah rumah kalau disuruh mesti pegi. paatu sampai mak aku cakap takde hidung ke malu sangat. i just dont know why aku pemalu sangat.
Masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah, aku sangat phobia dan tak nak duduk depan dalam kelas. Dengan alasan takut cikgu tanya soalan.
Lepas SPM aku sambung belajar di KMS. Sejujurnya, banyak aku belajar bila aku mula berhijrah ke tempat baru. Aku belajar kenal diri aku sendiri. Aku belajar kenal dunia. Hidup dengan kawan2. Di kms ni lah aku mula aktif terlibat dalam persatuan Ikatan Pelajar Islam atau nama lain Badar la kalau kat sekolah agama tu. Time tu lah aku belajar terlibat dalam organize event. Belajar buat kerja persatuan, mainly berkaitan dgn report. Belajar berinteraksi dgn lelaki sebab urusan persatuan. Dalam persatuan tu mostly budak2 hebat. Dari asrama penuh, dari sekolah agama. Aku terasa kecik jugak la sebab sapa lah aku ni. Tapi seriously aku banyak belajar. Dan aku lebih enjoy dgn kawan2 persatuan lebih drpd classmate. Hehe. Time ni lah aku sedar kemampuan aku setakat mana. Aku develop sikit2 keyakinan diri sebab aku di kelilingi dgn org yg hebat2.
Kat kms aku mula berani duduk 1st row. Dah tak de mentality takut jawab soalan dari lecturer. Tapi still ada la yg aku xdapat jawab, tapi at least aku tak avoid dah macam dulu.
Sampailah sekarang ni aku tgh posting psychiatry, and i found out that aku sebenarnya ada features of social phobia or social anxiety disorder tapi tak lah fulfill all criteria haha. Social phobia ni sejenis penyakit di mana seseorang tu rasa takut atau nervous bila berhadapan dengan social, rasa being observed or scrutinized by public and being afraid of negatively evaluated. Tapi aku tak lah sampai tahap tu. Aku prominent more performance anxiety Tapi aku yakin, sikit2 aku boleh eliminate or reduce anxiety bila cakap kat depan. InsyaAllah by the time aku graduate, aku harap aku dapat tengok ' the improved or better me' amin.
Wednesday, 6 September 2017
Cuti sem
Ok sekarang aku rasa bersemangat untuk merancang teknik belajar untuk dipraktikkan pada semester depan. Moga dimudahkan. Semangat ni datang hari ni tiba-tiba lepas aku lepak-lepak, baca buku itu ini, berangan, alhamdulillah.
Sem depan aku akan mula posting posting minor seperti. Mi or macam senang. Tapi tak nak lah ambil mudah. Kalau pun senang, mintak mintak boleh skor. kalau tak skor pun aku betul betul hadam, so tak perlu struggle tahun depan. Sebab tahun depan nak fokus posting posting major untuk pecutan akhir untuk PE2 or final exam or exit exam from medical school. InsyaAllah.
Preview
Sebelum start lecture buat preview at least satu page. Fahamkan apa topik yang akan di ajar.
In class
Fokus. Sediakan kertas kosong. Ambil nota. Jangan malas. Buruk pun tak pa. hahaha. Ilmuan Islam ada kata 'ikat ilmu dengan menulisnya'. Selain tu dapat elak mengantuk. Percayalah. Then buat numbering pada nota tu. Tak faham, tanya kawan or lecturer.
Post
Lepas kelas, kat bilik lepas tenang tenang, tengok balik nota. Tambah mana yang patut. baca fahamkan. Simpan dalam fail ikut numbering tu.
Practice
Buat soalan dalam buku MEQ150 tu. Jangan malas!
Weekend
Revise balik topik yang kau blur blur sepanjang minggu tu.
Last but not least
Jangan stress stress
Enjoy the process
Enjoy the journey
Believe in yourself
One day you will achieve your dream.
Just keep going, keep praying, and be patient.
InsyaAllah, Allah hear your inner side.
Love Intan
Johor
6th Sept 2017 9.50pm
![]() |
| Intan bersantai di Pantai Batu Buruk bersama sahabat Ina. Lepas oncall then tidur kat surau Priba HSNZ. Jumaat pagi masa tu, baca Al-Kahfi dengan Ina, sahabat syurga. |
Monday, 14 August 2017
Stay strong
Dear self, starting from now on, stay strong. Stay strong for yourself.
Bila jumpa pegawai mara tadi, kira balik jumlah pinjaman, rasa macam besarnya tanggungjawab aku nak bayar balik hutang semua tu.
Intan, mula dari saat ini terus kuat untuk diri awak.
Belajar berdikari.
Jangan bergantung harap pada orang lain.
Hidup di dunia ni sementara.
Hidup ni bukan hanya nak puaskan hati orang lain.
Jika kau harap, mak abah akan tolong kau sentiasa, tidak selamanya begitu. Mereka semakin tua. Suatu saat kau perlu hidup tanpa mereka.
Jika kau harap, adik beradik akan ada sentiasa menggembirakan hari hari kau, tidak begitu selamanya. Suatu saat mereka akan sibuk dan lebih tanggungjawab mereka pada keluarga mereka sendiri.
Jika kau harap, kawan rakan teman sahabat akan sentiasa bergelak ketawa dengan kau, tidak tentu selamanya. Kerana mereka punya darah daging mereka sendiri.
Jika kau mengharap pada diri kau sendiri, itulah yang selayaknya. Untuk kau usaha dan bantu diri kau sendiri meneruskan hidup. Kerana hanya diri kau yang benar benar setia pada kau seorang. Yang lain tak semestinya memikirkan kau saat sibuk dan senang mereka. Namun pasti, kau ada kelemahan untuk hadapi diri kau sendiri.
Tapi jangan risau, Allah itu ada. Dia ada dekat. Jika mata hati kau sedar Dia sentiasa ada untuk kau. Hanya mata hati yang buta terlepas pandang dari rasakan kehadiranNya.
Allah,
yang selalu ada.
yang selalu faham.
yang selalu ada untuk kau bergantung. Walau apa keadaan sekalipun.Percayalah. Allah tak akan mengecewakan hambanya yang masih taat padanya.
Teruskan berjalan walapun kau penat.
Kau boleh berhenti untuk rehat, tapi bukan untuk berhenti dan hilang.
Intan,
keep going
be strong girl
never lose hope
Because you are more than you can be!!!
