Saturday, 31 December 2016

2017 happy new year ?

Imperfection dimension.

2017. 0217am. Insomnia post new phone hah

Current issue flood in terengganu n kelantan  may  Allah  ease  n give them  sabr

Thursday, 29 December 2016

Jatuh Jatuh dan Jatuh lagi

zahirnya orang lihat aku tinggi

tapi batinnya

hanya Aku dan Dia yang tahu

berkali-kali aku jatuh dalam sangkar dosa

maksiat setiap hari

bila paginya beriman

petangnya tidak

maka benarlah apa yang Nabi khabarkan

itulah yang berlaku di akhir zaman ini.

Tapi aku sedar

Dia masih sayangkan aku

setiap pagi diberi nikmat bernafas lagi

Untuk baharui taubat aku.

Allah.
Maka nikmat Tuhan yang mana kamu dustakan?
Allah ampunkan aku jika aku selalu leka menyambut panggilanmu.

Aku takkan putus asa untuk terus baharui taubatku!

Allah temukan aku dengan erti sabar.
Sabar yang sukar itu selalu mengujiku
Sabar yang aku tahu manis dan indah dihujung nanti.

Mohon terus sabar dan belajar untuk redha.

20 Azam 2017 and the list goes on?

Bismillah
Assalamualaikum.
Bila scroll timeline fb and ig semua dah update azam tahun baru 2017. Terdetik di hati aku. 'Apa azam tahun baru aku ye?'

"Azam tahun baru akak nak langsaikan semua hutang. Hutang dgn orang, hutang puasa bla bla. Kalau dah buat lega kita", Kak M mulakan cerita.
Aku hanya dengar. Dalam hati,'bagusnya azam dia'
Ok, let me share my azam. Aku share hanya untuk peringatan aku sendiri. sementara nak layan mood aku rajin update blog. (walau aku tau tak de orang baca pun blog aku).

Azam tahun 2017 aku
1. tambah amalan aku pada Allah. improve amalan wajib, tambah amalan sunnah.
2. solat taubat & hajat selang-seli
3. puasa sunat isnin & khamis
4. mutabaah amal? buat jadual can?
5. tambah ilmu agama. tak berpeluang hadir can watch on youtube
6. usaha cari usrah sampai dapat!
7. call/wassap/update mak abah setiap hari
8. berjimat cermat. save duit aim nak beli kereta/for future?
9. baik sangka dgn orang
10. tinggalkan 'hobi' buruk kau Intan!
11. fokus study. veiw, focus, review
12. be smart on study! read & understand first! find simple notes. textbook for reference only.
13. improve communication in English
14. be kind and try to close to her.
15. jaga aurat
16. jaga mata. tundukkan pandangan!
17. lazimkan istighfar
18. hafal 2 surah lazim in 1 month
19. share ilmu from your notes to friends by wassap/blog
20. kejar akhirat. kejar CINTA Allah. be as what you want your other half to be insyaAllah.

Tuesday, 27 December 2016

Wira Semalam

Aku pergi dulu
     mendukung segalas keberanian
     menjinjing sebungkus semangat
     menggenggam sebekas harapan
berbaju hijau
seperti wira semalam.

Aku pergi dulu
     berteman sebuah tekad
     bersepi sebuah takut
     bergolak sebuah janji
berkasut but
seperti wira semalam.

Aku pergi dulu
     dipandang tinggi mata kekasih
     diperhati tajam mata ayahanda
     dijeling ragu mata saudara
berselempang senapang
seperti wira semalam.

Hingga bersua lagi
Aku, wira semalam.

Pewaris Merdeka

Pahlawan,
Bagaimana boleh,

kau berani meredah hutan malam
tidak takut musuh disebalik gelap

kau berani melawan senapang kejam
tidak takut musuh meratah jasadmu

kau berani membantah propaganda lagi belot
tidak takut kawan dan lawan

kau berani menghayun parang warisan
tidak takut musuh mencalar teratakmu

dedang aku,
tiada selaut keberanian itu
tenggelam dalam banjiran hiburan
lemas dalam danau dunia
tidak mengalir, malah mengeruh.


Mana mungkin aku pewaris merdeka.

Hujan menangis

utara sudah bah
barat sedang ribut
timur sudah gerimis
selatan masih renyai

masih mengurung di tepi kali
di halaman dendam
     jiwa terkubur dalam pusara Ayahanda
     bersama kobaran merdeka seketika dulu
di pagari bunga rindu
     akan damai yang hilang dibawa arus sengketa
     bersama peluru bersalut lumpur darah

biar katak berlagu pilu
biar cengkerik berdendang buntu
jiwa nekad mematri janji
memujuk hujan,

berhenti menangis.

Burung Hitam

dipagar jaring-jaring kejam
kadang sampai mata terpejam

mengintai luar di sebalik lubang-lubang ketakutan
kot-kot ada bantuan kawan

ditawar kunci sebagai pembelot
disuap dedak bersalut janji manis
bebas terbang di angkasa khianat.

Merdekakah itu?


Bulan Purnama Merdeka

Gema laungan merdeka
memecah gelap malam
     silauan lampu-lampu
terbebas taklukan penjajah
selama ratusan penggal derita.

Gema dendangan taala’al badru
pada penghulu segala hari
menggegar bumi Yathrib
     seirama Ansar dan Muhajirin menjadi satu
     kesatuan sebulat bulan purnama
     thiqah mendukung ajaran Baginda
terlepas rencana nekad Quraisy
bila Darun Nadwah menjadi saksi
misi memusnah dakwah Al – Mustafa dihancur Maha Pemilik Bintang.
terus menyinay cahaya Islam hingga ke saat ini.

Kisah lampau memakna masa hadapan
tatkala seruan merdeka dan tala’al badru
memotret seribu satu rahsia cinta nenek moyang
demi mewaris bahagia buat cicit penyambung risalah para Nabi.

Bintang-bintang dan buruj memayungi
tenang kembara bebas hari ini pasti tiada
tanpa
keberanian pahlawan malam
persaudaraan berbeza darah
kepimpinan sekuat Al-Fateh
pengorbanan pewaris berhati Parameswara.

Hingga kini, udara iman dan merdeka dihirup
     disaksi bulan tersenyum

moga masih segar hingga fajar tiba.

first posting IM at HSNZ

Dah lebih kurang 3 bulan aku mula posting clinical year kat HSNZ. Posting pertama internal med, antara posting yang paling susah, busy, stress mentally and physically. Banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat.

Ingat lagi hari pertama clinical dengan If. 7.30 pagi dah sampai sebab van uni yang hantar. Dah sampai floor 7 wad medical, tak tau nak buat apa. Nervous entah tak tau kenapa. Nervous macam nak ambil exam je. haha. Sebab kitorang tak expect what first day clinical would be? lol
Aku subgroup 1, subgroup paling happening. Bersyukur jugak dapat group ni sebab satu geng dengan geng yang pandai2! termotivatelah sikit heheh.

Banyak sangat nak cerita. So aku pick up certain cerita yang sangat dekat dengan aku.

First, experience Prof yang scary giler. Rubbish rubbish tu memang penuhlah bakul sampah kitorang. Tapi Prof tu pandai pujuk bila dah tengking hina semua. 'its okay to make mistake here, dont do mistake in future' . Thank you Prof. You taught me a lot. Sabar. Rasa tercabar. Bersungguh belajar. Lebih serius. Latih to be profesional. But honestly, aku mengaku aku pernah give up and nangis sebab Prof ni. huh. Ayat dia pedah tak tau nak ingat ke tak. Dumb! Terrible! what more haha. Tapi I will remember that until I die. One day pagi petang kene dengan Prof. I tough day weh. Tapi bila kawan cuba pujuk "Intan, awak janagnlah rasa down sebab Prof cakap tadi, bla bla bla"Aku rasa lapang sebab ada jugak orang care pasal what i felt. Sekejap je feeling down tu! balik weekend terus study betul2 pasal CNS or specifically stroke (case yang semua orang nak elak, tapi bila study balik simple je huh!)

Night duty paling best first dgn Dr Farah and Dr C Wei Jun. Diorng ajar pasang branula. So kitorang practice among us (friend). Siap bagi extra branula suruh practice kat umah tu! baik betul Dr tu. Yang Dr sorang tu lah yang bagi password untuk access system. Ya Allah mudah nya urusan kitorang. Ya Allah mudahkan lah urusan ho2 tu, moga dapat hidayah Mu Allah. amin.

second night duty yang best masa tu nak eop dah. Dapat join sorang ho take blood for C&S in sterile procedure. Pastu ho offer tengok pasang Rayle tube. Tu yang seronok sebab Matron baru ajar kat skill lab. kononnya boleh masuk osce time eop nanti tu yang nak observe jugak. haha (tapi tak masuk osce pun, osce 2 pictures je Alhamdulillah). Pastu dah mintak cop, ho pulak tengah tak busy rajin nak soal pasal ECG pulak. haih. Semua dah terpinga-pinga tengok sesama sendiri, dah lah nak balik ni (cakap dalam hati). ECG sangat sangat sangat penting. ho tu cakap dia kene extent 6 months sebab fail to read ecg and to give diagnosis in 3 minutes. whatttt??? it sound so??? sesi soal2 tu lah aku faham la sikit2 what pathophysiology underlying some heart block. Alhamdulillah. terinspirasi jugaklah nak study bila balik nanti.

bersambung