Beberapa hari lepas, ada seorang kawan aku tanya minta tips untuk bina keyakinan diri.
Aku rasa aku pun lemah bab tu. Tapi aku just jawab melalui pengalaman aku. Aku nak cerita sikit la pasal diri aku, which is maybe 5 years back aku ni macam mana, yang berkaitan dengan topik ni.
Aku sangat pemalu. Masa kat sekolah rendah ustaz nak ambil gambar pun aku tak nak. Memang kene paksa la.
Dulu mak aku suruh pegi kedai beli apa apa mesti aku refuse. Bagi alasan macam macam. Suruh anep yang pegila. Aku tau aku salah sebab mana boleh kata ah walau mak suruh. Aku memang tak nak pegi. Just memang tak nak pegi. sebab aku malu sangat nak cakap dengan orang. pastu mula la mak alu compare dengan cousin yang sebelah rumah kalau disuruh mesti pegi. paatu sampai mak aku cakap takde hidung ke malu sangat. i just dont know why aku pemalu sangat.
Masa sekolah rendah sampailah sekolah menengah, aku sangat phobia dan tak nak duduk depan dalam kelas. Dengan alasan takut cikgu tanya soalan.
Lepas SPM aku sambung belajar di KMS. Sejujurnya, banyak aku belajar bila aku mula berhijrah ke tempat baru. Aku belajar kenal diri aku sendiri. Aku belajar kenal dunia. Hidup dengan kawan2. Di kms ni lah aku mula aktif terlibat dalam persatuan Ikatan Pelajar Islam atau nama lain Badar la kalau kat sekolah agama tu. Time tu lah aku belajar terlibat dalam organize event. Belajar buat kerja persatuan, mainly berkaitan dgn report. Belajar berinteraksi dgn lelaki sebab urusan persatuan. Dalam persatuan tu mostly budak2 hebat. Dari asrama penuh, dari sekolah agama. Aku terasa kecik jugak la sebab sapa lah aku ni. Tapi seriously aku banyak belajar. Dan aku lebih enjoy dgn kawan2 persatuan lebih drpd classmate. Hehe. Time ni lah aku sedar kemampuan aku setakat mana. Aku develop sikit2 keyakinan diri sebab aku di kelilingi dgn org yg hebat2.
Kat kms aku mula berani duduk 1st row. Dah tak de mentality takut jawab soalan dari lecturer. Tapi still ada la yg aku xdapat jawab, tapi at least aku tak avoid dah macam dulu.
Sampailah sekarang ni aku tgh posting psychiatry, and i found out that aku sebenarnya ada features of social phobia or social anxiety disorder tapi tak lah fulfill all criteria haha. Social phobia ni sejenis penyakit di mana seseorang tu rasa takut atau nervous bila berhadapan dengan social, rasa being observed or scrutinized by public and being afraid of negatively evaluated. Tapi aku tak lah sampai tahap tu. Aku prominent more performance anxiety Tapi aku yakin, sikit2 aku boleh eliminate or reduce anxiety bila cakap kat depan. InsyaAllah by the time aku graduate, aku harap aku dapat tengok ' the improved or better me' amin.