Tuesday, 12 July 2016

Nak jadi doktor sangat kan!

Masuk sekolah perubatan setelah 6 permohonan 4 temuduga!

Hampir setahun yang lalu. Dalam bulan Ramadhan. Diuji begitu hebat sepanjang kehidupan bergelar pelajar. Keputusan persediaan IB yng keluar tidak melayakkan diri untuk terus melangkah dalam bidang kedoktoran di NuMED. Maka dengan itu, plan B harus dilaksanakan. Dengan harapan terus kekal dalam bidang ini.

“You are in waiting list for this course. We are kindly advise you to apply another university first as a back up plan in case you are not able to find placement here in NuMED”. Email daripada pihak NuMED. Bermula dari situ, hatiku terus tawar dengan perkataan NUMED. Mungkin terlalu kecewa tidak dapat meneruskan pengajian di situ kerana itulah university yang terlalu diimpi selama ini. Perlahan-lahan, diri ini bangkit meneruskan perjuangan berbekalkan semangat daripada mak dan abah serta solat hajat dan istikharah. Hajat dan istikharah ku hanya satu, “Allah, tempatkan aku disebaik-baik tempat dan permudahkanlah”.

Dalam resahku dengan ujian tersebut, Allah beri aku petunjuk melalui mimpi yang aku percaya ia adalah jawapan kepada istikharahku. Dalam samar-samar gelap mimpi, mata ini menjadi saksi bahawa diri ini sedang menunggang motorsikal di tengah jalan. Jalan itu lurus tetapi aku terpaksa melanggar ular yang melintasi jalan tersebut. Ular itu banyak, ada pada setiap 10 meter pada jalan itu. Suasana keliling gelap. Aku takut untuk menafsir. Tetapi aku beranikan diri untuk cuba mengambil hikmah daripada mimpi tersebut dengan doa dibantu oleh Allah. Diam-diam, hati dan fikiranku ligat menafsir mimpi tersebut. Aku ibaratkan jalan yang lurus itu adalah bidang yang sedang aku pertahankan ini. Ular-ular itu semua aku percaya adalah sebagai halangan yang telah, sedang dan akan aku tempuhi tanpa berpatah semula. Betul. Itu adalah reality dunia perubatan. Aku tetap dengan pendirian untuk terus dalam bidang ini. Tetapi keputusan ini bukanlah 100% daripada tafsir mimpi yang aku buat itu. Aku pasti ini jalanku. Selepas itu aku tekad untuk memohon university lain dalam bidang yang sama. Satu-persatu ujian datang. Kebanyakan permohonan untuk kos tersebut telah pun tutup memandangkan ketika itu dipertengahan bulan 8. Sangat down!

Tapi kawan-kawan yang senasib selalu kongsi suka duka dan berjanji untuk terus mengorak langkah bersama-sama. Terus memotivasi antara satu sama lain.

Kebanyakkan universiti swasta yang menawarkan program perubatan telah menutup permohonan bagi kemasukan yang terdekat iaitu bulan Ogos dan September. Aku menguatkan diri untuk terus melangkah. Aku memohon program perubatan di universiti yang masih buka permohonannya melalui talian internet. Antara university yang aku mohon ialah Monash University, Melaka Manipal Medical College (MMMC), Mahsa University, Taylor University, UniKL Royal College Medical Perak (RCMP) dan UCSI University.

Atas ajakan rakan, aku memohon MBBS programme di Monash University. Aku berasa yakin akan status bidang tersebut di institut itu malah kampusnya juga di Johor Bahru. Dekat dengan rumah juga suatu bonus aku fikir. Setelah menunggu keputusan permohonan selama dua hari, permohonanku bagi bidang perubatan ditolak dan ditawarkan dengan program alternatif. Rasa kecewa. Tetapi sebentar. Aku mulakan permohonan seterusnya.

Atas dasar ajakan kawan juga, aku memohon MBBS di MMMC. Kali ini perlu bayar deposit sebelum menghadiri temuduga. Aku terpaksa memohon jasa baik abah untuk menyumbang RM650 untuk tujuan tersebut. Aku pergi temuduga di kampus Manipal Melaka dengan menaiki bas bersendirian. Ketika ini juga aku diuji. Sejauh mana kesabaran aku. Aku tertinggal telefon bimbit di kereta sebelum menaki bas. Aku berasa bimbang juga takut-takut aku sesat tiada arah tuju setelah sampai di Melaka Sentral nanti. Alhamdulillah, aku ditemukan dengan kawan dari Seremban yang datang ke Melaka dengan tujuan yang sama seperti aku. Temuduga berlangsung dengan lancar. Aku dan rakan-rakan seperjuangan berjaya melepasi temuduga dan diberi surat tawaran rasmi. Namun, angan-angan kami untuk terbang ke India terkubur kerana kami gagal mendapat tajaan oleh MARA. Hal ini kerana, pada awalnya perjanjian kami dengan MARA sememangnya untuk pengajian dalam negara. Kami sedar akan hal ini. Tetapi kami terlalu berani untuk mencuba nasib mungkin hingga berharap MARA bersimpati dengan rayuan kami untuk terbang ke India juga. Segala cara sudah diusahakan oleh kami. Sehingga menggunakan permainan kuasa politik juga telah kami ikhtiarkan. Namun, ketentuan itu tidak membenarkan kami pergi ke India. Kami belajar erti reda. Walaupun tidak sepenuh hati. Kami teruskan langkah lagi.

Permohonan secara talian berjalan lancar dengan bantuan kaunselor kolej. Aku bank in sendiri RM500 sebagai wang deposit untuk temuduga. Semasa hari temuduga, aku diuji lagi. Aku tiba di kampus yang salah. Masa interview diprovoke gila-gila. Namun, aku seronok sebab tempat tu cantik sangat. Last-last fikir balik and cakap dalam hati, “Ini bukan tempat aku. Too modernized.” Ditawarkan untuk kemasukan Mac 2015. Aku rasa lambat sangat masuk dan banyak waktu terbuang sedangkan yang lain dah banyak belajar. Aku tolak dengan hati rela.
Kemudian aku memohon Mahsa. Kena bank in RM1000. Memang takutlah nak terus terang kat mak abah. Tu yang tertangguh sampai permohonan untuk ke medic ditolak sebab dah penuh tapi ditawarkan dengan kos farmasi. Aku tolak.
Aku mohon UniKL jugak tak silap. Kos lebih rendah. Kawan aku Mai pun kat sana. Memang ramai Malay students. Tapi macam tak tergerak hati untuk masuk situ. Aku tak balas email bermakna aku tolak tawaran interview.
Dan akhirnya, aku mohon di universiti yang aku pandang sebelah mata sebelum ni. Sebab, first tak pernah dengar. Second, terbuta dengan propaganda yang katanya medic kat UCSI is MD bukan MBBS. Taraf dia beza. MD tu macam kurang sikit. MBBS popular. Walhal, sama je tu dua-dua. Cume berbeza penggunaannya mengikut negara. Haha.
Tapi apply UCSI ni rasa sangat dipermudahkan. Senja terdetik, “Mohon UCSI lah”.Malam tengok email dari Hj Fatah pengambilan UCSI. Plan dalam otak, nak pergi IV sendiri naik bas dari ayer hitam ke BTS. Then naik teksi ke UCSI. Semua plan tu aku fikir dan siap-siap dah search map sebab ala-ala nak travel. Teknik ni Tiha yang ajar. Not directly tapi aku tengok je dia buat macam mana.
Teknik travelling
ü  Screen short map dr BTS ke UCSI
ü  Screen short jadual shuttle bas UCSI
ü  Search service teksi dari BTS ke UCSI ( 10 minit je kalau tak jem,Rm7/8)
Lepastu explain lah kat mak abah macam mana nak pergi. Aku tak tau time tu aku betul-betul tekad untuk pergi iv walaupun sendiri. Tapi dalam bas masa lambai mak abah tu, rasa sayu tetiba. Then Allah ilham kan dalam hati “Takpa, nak jadi lebih baik kenalah berhijrah. Dulu Nabi pun berhijrah ke Madinah then Berjaya bina Negara Islam di Madinah”,pujuk diri sendiri.
Alhamdulillah rasa betul-betul Allah mudahkan.

Dan sekarang aku baru sahaja lulus peperiksaan Professional Exam 1. Alhamdulillah!

-issmenulis-

5 comments: