Masuk
sekolah perubatan setelah 6 permohonan 4 temuduga!
Hampir setahun yang lalu.
Dalam bulan Ramadhan. Diuji begitu hebat sepanjang kehidupan bergelar pelajar.
Keputusan persediaan IB yng keluar tidak melayakkan diri untuk terus melangkah
dalam bidang kedoktoran di NuMED. Maka dengan itu, plan B harus dilaksanakan.
Dengan harapan terus kekal dalam bidang ini.
“You
are in waiting list for this course. We are kindly advise you to apply another
university first as a back up plan in case you are not able to find placement
here in NuMED”. Email daripada pihak NuMED. Bermula dari
situ, hatiku terus tawar dengan perkataan NUMED. Mungkin terlalu kecewa tidak
dapat meneruskan pengajian di situ kerana itulah university yang terlalu diimpi
selama ini. Perlahan-lahan, diri ini bangkit meneruskan perjuangan berbekalkan
semangat daripada mak dan abah serta solat hajat dan istikharah. Hajat dan
istikharah ku hanya satu, “Allah, tempatkan aku disebaik-baik tempat dan
permudahkanlah”.
Dalam resahku dengan
ujian tersebut, Allah beri aku petunjuk melalui mimpi yang aku percaya ia
adalah jawapan kepada istikharahku. Dalam samar-samar gelap mimpi, mata ini
menjadi saksi bahawa diri ini sedang menunggang motorsikal di tengah jalan.
Jalan itu lurus tetapi aku terpaksa melanggar ular yang melintasi jalan
tersebut. Ular itu banyak, ada pada setiap 10 meter pada jalan itu. Suasana
keliling gelap. Aku takut untuk menafsir. Tetapi aku beranikan diri untuk cuba
mengambil hikmah daripada mimpi tersebut dengan doa dibantu oleh Allah. Diam-diam,
hati dan fikiranku ligat menafsir mimpi tersebut. Aku ibaratkan jalan yang
lurus itu adalah bidang yang sedang aku pertahankan ini. Ular-ular itu semua
aku percaya adalah sebagai halangan yang telah, sedang dan akan aku tempuhi
tanpa berpatah semula. Betul. Itu adalah reality dunia perubatan. Aku tetap
dengan pendirian untuk terus dalam bidang ini. Tetapi keputusan ini bukanlah
100% daripada tafsir mimpi yang aku buat itu. Aku pasti ini jalanku. Selepas
itu aku tekad untuk memohon university lain dalam bidang yang sama.
Satu-persatu ujian datang. Kebanyakan permohonan untuk kos tersebut telah pun
tutup memandangkan ketika itu dipertengahan bulan 8. Sangat down!
Tapi kawan-kawan yang
senasib selalu kongsi suka duka dan berjanji untuk terus mengorak langkah bersama-sama.
Terus memotivasi antara satu sama lain.
Kebanyakkan universiti
swasta yang menawarkan program perubatan telah menutup permohonan bagi
kemasukan yang terdekat iaitu bulan Ogos dan September. Aku menguatkan diri
untuk terus melangkah. Aku memohon program perubatan di universiti yang masih
buka permohonannya melalui talian internet. Antara university yang aku mohon
ialah Monash University, Melaka Manipal
Medical College (MMMC), Mahsa University, Taylor University, UniKL Royal
College Medical Perak (RCMP) dan UCSI University.
Atas ajakan rakan, aku
memohon MBBS programme di Monash University. Aku berasa yakin akan status
bidang tersebut di institut itu malah kampusnya juga di Johor Bahru. Dekat
dengan rumah juga suatu bonus aku fikir. Setelah menunggu keputusan permohonan
selama dua hari, permohonanku bagi bidang perubatan ditolak dan ditawarkan
dengan program alternatif. Rasa kecewa. Tetapi sebentar. Aku mulakan permohonan
seterusnya.
Atas dasar ajakan kawan
juga, aku memohon MBBS di MMMC. Kali ini perlu bayar deposit sebelum menghadiri
temuduga. Aku terpaksa memohon jasa baik abah untuk menyumbang RM650 untuk
tujuan tersebut. Aku pergi temuduga di kampus Manipal Melaka dengan menaiki bas
bersendirian. Ketika ini juga aku diuji. Sejauh mana kesabaran aku. Aku
tertinggal telefon bimbit di kereta sebelum menaki bas. Aku berasa bimbang juga
takut-takut aku sesat tiada arah tuju setelah sampai di Melaka Sentral nanti.
Alhamdulillah, aku ditemukan dengan kawan dari Seremban yang datang ke Melaka
dengan tujuan yang sama seperti aku. Temuduga berlangsung dengan lancar. Aku
dan rakan-rakan seperjuangan berjaya melepasi temuduga dan diberi surat tawaran
rasmi. Namun, angan-angan kami untuk terbang ke India terkubur kerana kami
gagal mendapat tajaan oleh MARA. Hal ini kerana, pada awalnya perjanjian kami
dengan MARA sememangnya untuk pengajian dalam negara. Kami sedar akan hal ini.
Tetapi kami terlalu berani untuk mencuba nasib mungkin hingga berharap MARA
bersimpati dengan rayuan kami untuk terbang ke India juga. Segala cara sudah
diusahakan oleh kami. Sehingga menggunakan permainan kuasa politik juga telah
kami ikhtiarkan. Namun, ketentuan itu tidak membenarkan kami pergi ke India.
Kami belajar erti reda. Walaupun tidak sepenuh hati. Kami teruskan langkah
lagi.
Permohonan secara talian berjalan
lancar dengan bantuan kaunselor kolej. Aku bank in sendiri RM500 sebagai wang
deposit untuk temuduga. Semasa hari temuduga, aku diuji lagi. Aku tiba di
kampus yang salah. Masa interview diprovoke gila-gila. Namun, aku seronok sebab
tempat tu cantik sangat. Last-last fikir balik and cakap dalam hati, “Ini bukan
tempat aku. Too modernized.” Ditawarkan untuk kemasukan Mac 2015. Aku rasa
lambat sangat masuk dan banyak waktu terbuang sedangkan yang lain dah banyak
belajar. Aku tolak dengan hati rela.
Kemudian aku memohon Mahsa.
Kena bank in RM1000. Memang takutlah nak terus terang kat mak abah. Tu yang
tertangguh sampai permohonan untuk ke medic ditolak sebab dah penuh tapi
ditawarkan dengan kos farmasi. Aku tolak.
Aku mohon UniKL jugak tak
silap. Kos lebih rendah. Kawan aku Mai pun kat sana. Memang ramai Malay
students. Tapi macam tak tergerak hati untuk masuk situ. Aku tak balas email
bermakna aku tolak tawaran interview.
Dan akhirnya, aku mohon
di universiti yang aku pandang sebelah mata sebelum ni. Sebab, first tak pernah
dengar. Second, terbuta dengan propaganda yang katanya medic kat UCSI is MD
bukan MBBS. Taraf dia beza. MD tu macam kurang sikit. MBBS popular. Walhal,
sama je tu dua-dua. Cume berbeza penggunaannya mengikut negara. Haha.
Tapi apply UCSI ni rasa
sangat dipermudahkan. Senja terdetik, “Mohon UCSI lah”.Malam tengok email dari
Hj Fatah pengambilan UCSI. Plan dalam otak, nak pergi IV sendiri naik bas dari
ayer hitam ke BTS. Then naik teksi ke UCSI. Semua plan tu aku fikir dan
siap-siap dah search map sebab ala-ala nak travel. Teknik ni Tiha yang ajar.
Not directly tapi aku tengok je dia buat macam mana.
Teknik travelling
ü Screen
short map dr BTS ke UCSI
ü Screen
short jadual shuttle bas UCSI
ü Search
service teksi dari BTS ke UCSI ( 10 minit je kalau tak jem,Rm7/8)
Lepastu explain lah kat
mak abah macam mana nak pergi. Aku tak tau time tu aku betul-betul tekad untuk
pergi iv walaupun sendiri. Tapi dalam bas masa lambai mak abah tu, rasa sayu
tetiba. Then Allah ilham kan dalam hati “Takpa, nak jadi lebih baik kenalah
berhijrah. Dulu Nabi pun berhijrah ke Madinah then Berjaya bina Negara Islam di
Madinah”,pujuk diri sendiri.
Alhamdulillah rasa
betul-betul Allah mudahkan.
Dan sekarang aku baru sahaja lulus peperiksaan Professional Exam 1. Alhamdulillah!
-issmenulis-
belajar kat mana sekarang?
ReplyDeleteterengganu
ReplyDeleteBrapa kos pengajian keseluruhan MBBS
ReplyDeleteBergantung kepada universities mana anda pilih.
DeleteSeperti saya, di private local dalam 350K
Sekarang jadi doktor kat mana ye cu?
ReplyDelete