Tuesday, 12 July 2016

Post Pertama - Review Diagnosis 3 : Mortuari

Review Diagnosis3:Mortuari
Pandangan pertama pada kulit buku ini cukup menarik saya untuk memilikinya. Situasi seorang pegawai perubatan sedang mengendalikan kes di bilik mayat membuatkan saya tertanya-tanya adakah setiap hari doktor harus berdepan dengan kematian?Adakah setiap hari mereka akan diselubung rasa sedih bila takdir merenggut nyawa pesakit mereka?Adakah tiada sisi indah gembira dalam diari seorang doktor? Dan bagaimana para doktor tetap kuat setia berkhidmat walau segelintir pesakit tidak menghargai dan hormati mereka? Buku ini menjawab segala pertanyaan itu.
Buku ini mencoret pelbagai kisah. Dari muka surat pertama hingga akhir memaparkan setiap detik sebenar yang berlaku di sekitar katil pesakit. Bermula dari tangisan waris saat ahli keluarga mereka disahkan menghidap penyakit, sehingga tawa waris saat ahli keluarga mereka kembali sihat dan selera makan bertambah, sehingga kembali tangisan waris saat ahli keluarga mereka dijemput Ilahi. Kisah tersebut seakan sudah menjadi kitaran di hospital.
Pengajaran besar buat saya ialah setiap coretan mengingatkan saya bahawa 'tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasai mati'. Itu adalah ketentuan. Doktor juga manusia biasa. Doktor bukan tuhan. Doktor hanya mampu berikhtiar dengan ilmu yang Allah kurniakan untuk merawat pesakit. Selebihnya kuasa Allah.
Dan sebagai seorang pelajar perubatan, melalui buku ini saya temui sebab mengapa saya harus kuat dalam perjuangan ini dan tidak menoleh ke belakang lagi. Buku ini salah satu inspirasi untuk saya. Alhamdulillah.
P/s anda boleh dapatkan buku ini secara online dihttps://m.facebook.com/grupkaryawanluarnegara/

No comments:

Post a Comment