Saturday, 10 September 2016

Alif Firdaus berguru dengan ALAM.






Pada suatu malam 9 Zulhijjah, bertemankan bintang-bintang sepi dilangit tenang, terjadilah perbualan Alif Firdaus bersama sahabatnya yang tidak dijangka. 

Perbualan bermula sekadar hanya bertanya khabar dan status rohani yang sudah lama tidak bersua menambah ilmu bersama.

Perbualan yang sangat menarik apabila mereka bermula bercerita tentang alam. Jika diberi peluang menjadi alam, anda mahu jadi apa? Persoalan yang sangat menarik.

                                                -----------------------------------------

Jadilah seperti angin. Kerana ia membawa khabar gembira. Angin mengeringkan keringat petani di sawah. Angin juga membawa rebut, namun adanya pokok melengkapi fungsi angin supaya tidak melampau batas. Pokok dapat menahan angin supaya tidak ganas. Sama seperti manusia. Manusia memerlukan agama yang menjadi peraturan hidup atau ketetapan sesuatu agar manusia tidak melampaui batas.

Saya mahu jadi langit. Langit dapat melihat seluruh sisi-sisi bumi termasuk yang baik dan yang buruk. Tidak terkecuali setiap saat gelagat manusia. Langit itu luas, lapang. Ia menerima apa sahaja yang dipaparkan kepadanya dari bumi.

Bagaimana pula dengan ombak? Ombak ganas. Ia selalu membadai pantai. Sesekali ia boleh menerjah pantai dengan ganas mungkin tanda tunjuk perasaan. Tapi sikap tidak putus asa ombak patut dijadikan contoh. Ombak tidak pernah putus asa untuk menghantar buih-buih air laut ke pesisir pantai, tidak kira banyak mahupun sikit. Namun, ombak ini juga patuh pada arahan Tuhannya, bila mahu ganas, bila mahu lembut. Bila mahu tegas, bila mahu toleransi. Begitu juga manusia.

                                                ---------------------------------------------------

Perkongsian tersebut sedikit sebanyak mentadabbur alam dan menjentik iman di jiwa yang sudah lama leka. Sungguh  alam itu alamat kepada manusia untuk ingat pada Pencipta. Namun manusia selalu lupa. Selalu leka. Walau begitu, alam tidak pernah jemu mengingatkan, di mana itu adalah tanda kasih yang Allah masih mahu titipkan. Allah. Alhamdulillah.
                                                -----------------------------------------------------

 Alif puas dapat meluah kata-kata, membongkar kosa kata keramat di bawah lapis-lapis ilmu-ilmu perubatan yang ada dalam peti ingatannya.

                                                --------------------------------------------------------

bersambung.

No comments:

Post a Comment