Friday, 5 August 2016

Kata Hikmah Penguat Mujahadah

 *  Berdoalah dua perkara iaitu supaya dimudahkan untuk berbuat taat dan disukarkan berbuat jahat.
*      Orang yang mentaati anjuran Nabi diberi rahmat.
*      Selagi kita mujahadah, lawan, selagi itu rahmat Allah sangat luas. Jangan buruk sangka dengan Allah.
*      “Allah mencintai orang yang sentiasa dikalahi nafsunya tetapi bertaubat berulang-ulang kali”
*      Yang bunuh 100 orang pun Allah ampunkan, apa lagi kita!
*      Nafsu itu umpama bayi yang menangis nak susu dan lanun/perompak di tengah jalan.
*      Perhimpunan ilmu itu dapat menghapuskan dosa dan menjadi lebih baik serta meningkatkan darjat sebagai orang yang berilmu.
*      Bila Ramadan pergi, Syawal tiba, maka syaitan terlepas dan ingin merompak iman kita. Sebab itulah digalakkan malam raya untuk kita berqiamulail.
*      Hadirlah ke tempat-tempat orang soleh untuk mengembalikan kemutlakan jiwa kita.
*      Paling tidak jadilah ustaz atau ustazah untuk diri kita sendiri.
*      Jalan untuk mendapatkan khair (kebaikan) adalah melalui solat jamaah dan mempelajari ilmu.
*      Barangsiapa yang Allah mahukan kebaikan untuknya, maka akan difaqihkan tentang ilmu agama.
*      Amalan yang disukai oleh Allah ialah amalan yang istiqamah. Amalan yang dimurkai oleh Allah ialah dosa yang kecil tetapi berkekalan.

No comments:

Post a Comment